Tuesday 20 April 2021

 SEJARAH, DEFINISI DAN KONSEP PERLEMBAGAAN

MPU21032

 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Disediakan oleh :

KUMPULAN 2

NAMA AHLI

NO.PENDAFTARAN

NUR AIN SHAHEERA RAMBLI

20DDT1F1033

NUR AFIQAH BINTI SEPUAN

20DDT19F1017

 Pensyarah :

PUAN DAYANGKU FARAH AZEILA BT AWANG MOHAMMAT



PERLEMBAGAAN MALAYSIA


SEJARAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Berikutan kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama.

Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk Kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1956.

Untuk tugas penggubalan Perlembagaan, Kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British sendiri, penasihat Majlis Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti.

Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk negara dan pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan-persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam proses rundingcara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan.

Memorandum berkenaan, yang disebut sebagai Pakatan Murni, iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata.

Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid ini diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957 dan apabila Sabah, dan Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1963, beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dan nama negara ditukar kepada Malaysia.


DEFINISI PERLEMBAGAAN

Perlembagaan merupakan prinsip - prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang-undang, adat atau peraturan yang lazim. Ia juga berkait dengan cara keputusan awam dicapai dan kuasa agihan antara institusi kerajaan, sama ada di pusat ataupun pada peringkat tempatan. Perlembagaan juga akan menetapkan had - had kewibawaan kerajaan dan cara - cara pemilihan serta pelantikan pemerintah.

Perlembagaan ialah prinsip - prinsip asas dan sumber undang-undang tertinggi negara.Kewujudan perlembagaan adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara, selain juga berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang - undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat dan bermatlamat memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat.


KONSEP PERLEMBAGAAN

Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara & setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. Tidak ada satu institusi pun yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Ia juga dianggap sebagai panduan mengatur dan menyelaras pemerintahan sesebuah negara.Berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang2 sama ada bagi pihak kerajaan atau rakyat atau sesiapa shj.Perlembagaan umumnya dibahagikan kepada 2 jenis iaitu: perlembagaan bertulis dan tidak bertulis.






RUJUKAN :

http://kw500-555-134-147.blogspot.com/p/sejarah-perlembagaan-malaysia.html

https://cikguaina1234.blogspot.com/2013/05/tugasan-kenegaraan.html

http://bab4perlembagaan.blogspot.com/2016/03/definisi-perlembagaan.html

https://www.slideshare.net/rosnabil/konsep-perlembagaan

Monday 19 April 2021

 PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI DAN TAPAK INTERGRASI

 


PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI DAN TAPAK INTEGRASI


1) MENYARANKAN MASYARAKAT UNTUK MERUJUK KEPADA UNDANG-UNDANG YANG SAMA

  • Bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu dan akan kekal seperti yang diperuntukkan oleh Parlimen.
  • Agama Islam ialah agama bagi persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Gambar di atas merujuk kepada kepelbagaian kaum menyatupadukan rakyat malaysia.


2) MENJAMIN KESTABILAN POLITIK DAN SISTEM PENTADBIRAN NEGARA

  •      Membolehkan kerajaan mengisytiharkan sebagai Kawasan keselamatan.
  •      Menjelaskan kuasa-kuasa yang khas dalam pasukan keselamatan.

Dengan adanya kuasa tentera mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara.

 3) MENJAMIN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

  • Hak asasi rakyat seperti kebebasan bersuara dapat digunakan tetapi tertakluk kepada peruntukkan Akta Hasutan dan beberapa akta lain.
  • Setiap rakyat dibenarkan untuk meluahkan pendapat dan pandangan masing-masing namun ia masih di bawah undang-undang.

 

Yang di-Pertuan Agong merupakan simbol perpaduan 
rakyat dan lambang kedaulatan negara Malaysia.

 

4) MELINDUNGI KEPENTINGAN SEMUA KAUM DENGAN JAMINAN KEADILAN SOSIAL ANTARA KAUM

  • Perkara 149 berkenaan perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam.
  • Apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan.

 
Sukarelawan memastikan sumbangan sampai kepada golongan sasar.


 

 

 

 

RUJUKAN :

http://anyflip.com/pucrs/gjat/basic

https://www.slideshare.net/akmalamethyst/bab-4-perlembagaan-persekutuan-tiang-seri-hubungan-etnik-46708355

Saturday 17 April 2021

KONSEP, KEPERLUAN DAN PENGHAYATAN TAPAK INTEGRASI



PENGENALAN TAPAK INTEGRASI

Maksud Tapak : Tapak sinonim dengan bekas, jejak, kesan dan tanda.

Integrasi : ialah gabungan dua atau beberapa kaun menjadi satu kesatuan yang utuh.

Secara ringkasnya maksud tapak Integrasi itu adalah asas yang menjadi tanda atau lambang kepada perpaduan kaum di negara ini.


KONSEP TAPAK INTEGRASI

Integrasi : Proses bagi mewujudkan identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

Perpaduan : Proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaaan cinta dan banggakan tanah air.


KEPENTINGAN MEWUJUDKAN TAPAK INTEGRASI
  • Memastikan hak-hak sosioekonomi
  • Berfikiran positif, bersedia dan saling bantu-membantu
  • Keperluan hidup masyarakat
  • Asas pembangunan ummah
  • Tanda kesempurnaan aqidah
  • Menggerunkan musuh islam












RUJUKAN :
https://www.coursehero.com/file/p13jemg2/Maksud-Tapak-Integrasi-Tapak-sinonim-dengan-bekas-jejak-kesan-tanda-Integrasi/
slideshare.net/norhayatifatmitalib1/minggu-2-konsep-integrasi-etnik
https://fdokumen.site/document/kumpulan-4-perpaduan-dan-integrasi-nasional.html



 SEJARAH, DEFINISI DAN KONSEP PERLEMBAGAAN MPU21032  PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN Disediakan oleh : KUMPULAN 2 NAMA AHLI ...