Tuesday 20 April 2021

 SEJARAH, DEFINISI DAN KONSEP PERLEMBAGAAN

MPU21032

 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Disediakan oleh :

KUMPULAN 2

NAMA AHLI

NO.PENDAFTARAN

NUR AIN SHAHEERA RAMBLI

20DDT1F1033

NUR AFIQAH BINTI SEPUAN

20DDT19F1017

 Pensyarah :

PUAN DAYANGKU FARAH AZEILA BT AWANG MOHAMMAT



PERLEMBAGAAN MALAYSIA


SEJARAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Berikutan kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama.

Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk Kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1956.

Untuk tugas penggubalan Perlembagaan, Kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British sendiri, penasihat Majlis Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti.

Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk negara dan pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan-persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam proses rundingcara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan.

Memorandum berkenaan, yang disebut sebagai Pakatan Murni, iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata.

Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid ini diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957 dan apabila Sabah, dan Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1963, beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dan nama negara ditukar kepada Malaysia.


DEFINISI PERLEMBAGAAN

Perlembagaan merupakan prinsip - prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang-undang, adat atau peraturan yang lazim. Ia juga berkait dengan cara keputusan awam dicapai dan kuasa agihan antara institusi kerajaan, sama ada di pusat ataupun pada peringkat tempatan. Perlembagaan juga akan menetapkan had - had kewibawaan kerajaan dan cara - cara pemilihan serta pelantikan pemerintah.

Perlembagaan ialah prinsip - prinsip asas dan sumber undang-undang tertinggi negara.Kewujudan perlembagaan adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara, selain juga berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang - undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat dan bermatlamat memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat.


KONSEP PERLEMBAGAAN

Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara & setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. Tidak ada satu institusi pun yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Ia juga dianggap sebagai panduan mengatur dan menyelaras pemerintahan sesebuah negara.Berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang2 sama ada bagi pihak kerajaan atau rakyat atau sesiapa shj.Perlembagaan umumnya dibahagikan kepada 2 jenis iaitu: perlembagaan bertulis dan tidak bertulis.






RUJUKAN :

http://kw500-555-134-147.blogspot.com/p/sejarah-perlembagaan-malaysia.html

https://cikguaina1234.blogspot.com/2013/05/tugasan-kenegaraan.html

http://bab4perlembagaan.blogspot.com/2016/03/definisi-perlembagaan.html

https://www.slideshare.net/rosnabil/konsep-perlembagaan

No comments:

Post a Comment

 SEJARAH, DEFINISI DAN KONSEP PERLEMBAGAAN MPU21032  PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN Disediakan oleh : KUMPULAN 2 NAMA AHLI ...